Monday, May 18, 2009

Chua Sertai PKR Atau DAP ?

Johor Bahru - Orang kuat No.2 MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kian tersisih dari MCA sejak memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA. Beliau yang tidak dipilih dalam barisan kabinet Najib dikatakan mempunyai perancangan 'tersendiri' bagi membalas tindakan Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin MCA yang berpengaruh di Johor dan Barisan Nasional ini dikatakan bersedia menyertai Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat dan dikatakan akana diberi 'kerusi empuk' di Selangor atau Pulau Pinang. Johor Daily difahamkan orang kuat MCA itu bermungkinan tidak bersendirian jika meninggalkan MCA dan BN. Desas-desus kelompok yang bersamanya lebih hebat dari tamparan yang diterima oleh Pakatan Rakyat di Perak.

Skandel sex yang menjatuhkan maruah beliau tahun lepas tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk tidak melantiknya dalan barisan kabinet kerana MCA adalah parti kedua terbesar menyumbang kemenangan BN pada Pilihanraya ke-12 yang lepas. Malah dikatakan Chua agak marah kerana mereka yang tidak berjawatan dalam politik (Umno) dan kalah dalam PRU-12 di pilih dalam barisan kabinet baru.

Johor Daily berharap bekas menteri kesihatan itu memilih parti yang bersesuaian dengan dasar perjungannya. Pengalaman beliau tidak perlu disia - siakan. Apa perlunya bersama-sama MCA jika Chua dilihat sebagai musuh Presiden. Wadah tersedia, penyokong bersedia untuknya di Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment