Thursday, May 28, 2009

BSKL Merundum Disebabkan Defisit Tinggi

KUALA LUMPUR - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup teramat rendah Khamis dengan kerugian dicatatkan kebanyakannya oleh saham-saham berwajaran tinggi memandangkan pasaran terus terjejas oleh tinjauan ekonomi yang lembap, kata seorang peniaga.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 6.44 mata kepada 1,041.24, selepas dibuka rendah 4.57 mata pada 1,043.11. KLCI mencecah paras rendah seharian 1,037.09, turun 10.59 mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata bahawa ekonomi negara akan menguncup di antara -4.0 dan -5.0 peratus tahun ini.

Indeks Perladangan berkurangan 68.0 mata kepada 5,332.09, Indeks Perindustrian naik 6.69 mata kepada 2,287.46, Indeks Kewangan susut 68.98 mata kepada 8,093.66 dan Indeks FBMEmas merosot 58.45 mata kepada 6,953.87.

Indeks FBM30 lebih rendah 44.92 mata kepada 6,648.37, Indeks FBMMesdaq turun 20.34 mata kepada 4,051.71 dan Indeks FBM2BRD merosot 22.45 mata kepada 4,547.26.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 473 berbalas 168 kaunter sementara 192 kaunter tidak berubah, 405 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menguncup kepada 1.076 bilion saham bernilai RM1.029 bilion daripada 1.443 bilion saham bernilai RM1.421 bilion sebelumnya.

No comments:

Post a Comment