Tuesday, May 19, 2009

Anwar Berkata Tanpa Fakta - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Bahagian Pontian berkata Barisan Nasional tidak pernah menaja mana-mana calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Bercakap dalam sidang akhbar Ibu Pejabat UMNO di sini, tengah hari ini, beliau berkata BN adalah parti berprinsip dan tidak akan terjebak dengan permainan politik pembangkang. Semalam, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan BN tidak meletakkan calonnya bertanding di Penanti.

Penasihat Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Petaling Jaya, malam tadi berkata, Pakatan Rakyat mungkin menghadapi calon Bebas yang ditaja BN-Umno di Penanti. Setakat ini Johor Daily difahamkan tiga calon telah bersedia untuk bertanding, satu PKR dan 2 calon bebas.

No comments:

Post a Comment