Saturday, May 30, 2009

Perang PPP Menjalar Ke Pulalu Pinag

PULAU PINANG - Parti Progresif Penduduk (PPP) kian bergolak apabila ia menular ke negeri ini pula. Bukan sahaja PPP kini mempunyai 'dua orang Presiden' malah di negeri ini turut mempunyai 'sepasang' Pengerusi Negeri.

Bekas Naib Pengerusi PPP Negeri, V. Nantha Kumar bagi mengecam tindakan Datuk M. Kayveas yang didakwa kini merupakan bekas Presiden. Nantha mendakwa, beliau kini merupakan Pengerusi PPP Negeri yang baru setelah dilantik dan mendapat persetujuan 25 ahli majlis tertinggi (MT) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) PPP, 24 Mei lalu.


"Pelantikan saya ini sah kerana dipilih pada EGM minggu lalu bersama tiga Naib Presiden serta 25 ahli MT PPP yang baru. "Di negeri ini sahaja, kira-kira 60 peratus ahli PPP menyokong penuh 'Presiden PPP' yang baru, Senator Datuk T. Murugiah,'' katanya lagi .


EGM PPP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu melantik Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Presiden PPP yang baru. EGM tersebut sebelum itu meluluskan undi tidak percaya terhadap Kayveas dan memecat semua ahli MT PPP termasuk Kayveas.


No comments:

Post a Comment