Sunday, May 31, 2009

BN Mahu Rampas Balik Semua Negeri - Shafie

SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula negeri-negeri yang ditawan pembangkang jika semua parti komponen BN bersatu padu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Perlis, satu-satunya negeri di utara semenanjung yang dipertahankan BN pada pilihan raya ke-12, tidak semudah yang disangka.

"Jika dia yakin tawan Perlis, saya pula yakin tawan Kedah," katanya kepada pemberita sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Terusan, Pulau Bum-Bum .

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam mengenai impiannya menawan negeri Perlis pada pilihan raya akan datang.

"Jika kita boleh bekerjasama dan mengelak berpecah hanya kerana perkara-perkara kecil, tiada alasan untuk kita tidak boleh menawan kembali negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

No comments:

Post a Comment