Wednesday, May 27, 2009

Zulkifli Yaacob Bakal Calon PAS Manek Urai ?

KOTA BHARU - Empat nama disebut-sebut sebagai bakal calon yang akan membawa cabaran Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ..

Mendahului senarai tersebut ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Zulkifli Yaacob yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah bekas calon Pas bagi kerusi DUN Manek Urai pada 2004, Zamzuri Mat Lazim; Ketua Pemuda Pas Kuala Krai, Mahadi Mohd. Zain dan Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr. Zulkefli Mohamad .

Kesemua mereka berlatar belakangkan agama kecuali Dr. Zulkefli, seorang pengamal perubatan yang memiliki dua buah klinik di Chiku dan Gua Musang. Keempat-empat bakal calon itu adalah anak tempatan jajahan Kuala Krai, bagaimanapun Dr. Zulkefli aktif dalam Pas di Gua Musang.


Menurut sumber, Zulkefli mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih sebagai calon kerana beliau dilihat sebagai pengganti kepada penyandang kerusi DUN Manek Urai, Ismail Yaakob yang meninggal dunia Jumaat lalu. ''Pada pemilihan Pas kawasan baru-baru ini, Zulkifli mencabar Ismail untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, bagaimanapun beliau tewas dengan lima undi.


No comments:

Post a Comment