Wednesday, May 27, 2009

Saifuddin Akui Dakwaan Aminah ?

BUTTERWORTH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menafikan bahawa dua individu yang didakwa menawarkan ganjaran wang serta jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada calon Bebas pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah, adalah anggota parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata tawaran itu bukannya daripada parti berkenaan.


"Saya sudah menemui kedua-duanya. Mereka memaklumkan tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat antara mereka dan (ia) bukan mewakili parti," katanya di Yayasan Aman .

"Komen saya ialah satu majlis makan diadakan, saya bayangkan itu antara pertemuan dengan sahabat yang berlangsung dalam keadaan ceria. Rakaman itu juga memberi gambaran ada hasrat untuk kembali menyertai parti.

"Kenyataan semalam menyebut tentang tawaran jawatan dan sebagainya, sebab itu kita terus meminta peguam kita mendengar, dan keputusannya kita meminta peguam menghantar notis (kepada Aminah)," katanya.

Beliau berkata peguam Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan kepada Aminah ke alamat kediaman calon Bebas itu.

"Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keutungan peribadi," katanya. Dalam satu sidang akhbar berasingan, dua anggota parti itu mengakui telah menemui Aminah setelah diundang oleh beliau.

Anggota Dewan Tertinggi PKR, Cheah Kah Peng, dan pembantu kepada seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang, Peter Lim, berkata mereka tidak membuat sebarang tawaran kerana mereka bukannya berkedudukan untuk berbuat demikian.

Cheah dan Lim menganggap rakaman perbualan mereka dengan Aminah dibuat dengan tujuan untuk memerangkap mereka. Mereka akan merujuk perkara itu kepada peguam, kata Cheah.


No comments:

Post a Comment