Saturday, May 23, 2009

Tidak Perlu Gantung Elaun Khir - Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR - DUN Selangor tidak wajar menggantung elaun Datuk Seri Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian kata Lim Kit Siang hari ini. Menurutnya, Khir boleh digantung tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri.

"Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Lim lagi.

Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat anggota DUN lain Barisan Nasional bersalah menghina dewan itu pada 19 Mei yang lepas. Khir didapati bersalah atas tiga tuduhan lain membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dalam media dan di blognya.

Adun lain BN yang didapati bersalah menyelar Selcat di media dan diperakukan digantung selama enam bulan tanpa elaun dan keistimewaan ialah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).

Johor Daily difahamkan tindakan itu wajar diambil selagi dengan tindakan yang sama dikenakan terhadap Ahli Parlimen DAP yang alaun MP itu juga tidak dibayar.

No comments:

Post a Comment