Saturday, May 23, 2009

Keputusan Mahkamah Wajar Untuk Perak - Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, yang sah memihak kepada Barisan Nasional (BN), merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu menunjukkan bahawa BN mengikuti prinsip undang-undang serta tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Keputusan yang dibuat oleh kesemua hakim muktamad, dan secara keseluruhannya ia memberikan petanda bahawa sudah patut selesai satu daripada kemelut yang berlaku di Perak dan status Menteri Besar ini.

"Jadi saya harap semua pihak termasuk yang kalah, parti lawan terima keputusan mahkamah ini dengan hati terbuka, menghormatinya dan harus memberikan peluang kepada pimpinan Datuk Seri Dr Zambry untuk menjalankan tugas dengan tidak diganggu yang membawa kesan kepada kebajikan rakyat Perak," katanya.

No comments:

Post a Comment