Saturday, May 30, 2009

Mungkin Rombongan Cuti Sekolah - Zainal

PULAU PINANG - UMNO Pulau Pinang menafikan dakwaan ia menaja bas membawa penduduk Penanti membeli-belah sambil bercuti di beberapa tempat termasuk di Thailand pada hari Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, 31 Mei ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang menyifatkan perkara tersebut sebagai karut berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang perancangan seumpama itu yang dikatakan bertujuan menghalang penduduk di situ keluar mengundi.


Menurutnya, memandangkan cuti persekolahan pun sudah bermula, jadi tidak hairan jika ada pihak yang menganjurkan lawatan begitu, namun beliau menegaskan UMNO negeri tidak terlibat langsung dengan program tersebut.


''Saya sebenarnya tidak terperanjat apabila mengetahui mengenai perkara ini kerana Parti Keadilan Rakyat dan rakan sekutunya pasti akan bercakap atau membuat tuduhan apa sahaja, tidak kira apa sekali pun kita cakap.


''Jika tidak percaya, mereka boleh pergi tunggu di tepi lebuh raya atau di mana-mana, pergi tengok ada ke banyak bas lawatan kononnya ditaja oleh UMNO yang akan bertolak seawal 7 pagi dari kawasan ini pada hari undi," katanya .


No comments:

Post a Comment