PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS Petaling Jaya Selatan).Menteri Besar Selangor, Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim;Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad. Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini. Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan. Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri.
Perak diperintah Pakatan selepas pilihanraya umum 2008 tetapi Februari lalu ia diambil alih oleh BN selepas tiga ADUN Pakatan keluar parti menjadi calon Bebas dan menyokong BN.
Oleh : Pahang Daily


No comments:
Post a Comment