Friday, May 22, 2009

Menteri BN-Umno Melucah lagi Dan Lagi

Kuala Lumpur - Selepas beberapa pemimpin BN disabitkan dengan skandal jalang, kini Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat "gangguan seksual" terhadap ahli parlimen wanita PAS semalam.

Menurut Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Raja berkata "Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?"

dr loloDalam blognya hari ini, ahli jawatankuasa pusat PAS itu mendakwa kata-kata tersebut diucapkan oleh Raja Nong Chik sewaktu lawatan mengejut menteri baru itu ke sebuah pasar baru di Kampung Datuk Keramat petang semalam.

"Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang Wanita Islam yang menjaga sahsiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang menteri, lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," kata Dr Lo' Lo' lagi.

"Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walau pun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan."

Dalam sidang media pagi ini, Dr Lo' Lo' menjelaskan bahawa Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya secara peribadi semalam. Johor Daily berharap Dr Lo' Lo' tidak membuat lapuran polis kerana tidak akan ada tindakan susulan seperti laporan-laporan yang lepas.

1 comment:

  1. dah gila sek agaknya.............
    itulah melayu umno,tak beretika dan bermaruah,sedih dan teramat sedih.

    ReplyDelete