Thursday, May 28, 2009

Zaharin Bidas Aminah

PULAU PINANG - Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim Rabu menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Sementara itu Johor Daily menghubungi seorang petugas PKR di Penanti, beliau mendakwa bukan sahaja Ahli Jawatankuasa PKR sahaja bosan dengan Aminah tetapi pengundi di Pulau Pinang kenal siapa Aminah sebenarnya yang kerap menimbulkan masalah kepada PKR. Johor Daily cuba menghubungi Aminah, tetapi tidak dapat dihubungi.


No comments:

Post a Comment