Tuesday, May 19, 2009

Umno Perlis Kronik

Kangar - Seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR.

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Bahagian Kangar berikutan melantik Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

mat isa sabu md isa sabuSumber yang tidak mahu didedahkan nama juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

"Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya lagi.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu".

No comments:

Post a Comment