Friday, May 29, 2009

Tiada Penganas Di Penanti - SPR

BUTTERWORTH - Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti setakat ini berjalan lancar dan semua calon serta parti yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin.

Beliau berkata SPR hanya menerima laporan berhubung kesalahan menggantung poster dan bendera parti yang tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Sejak tempoh berkempen bermula Ahad lepas, kita hanya dapat laporan mengenai kesalahan menggantung bendera dan poster," katanya lagi.

Beliau berkata SPR bertindak menurunkan 13 bendera DAP di kawasan Penanti kerana calon parti itu tidak bertanding pada pilihan raya itu. "Setakat ini tiada tindakan diambil. Cuma kita turunkan bendera parti itu dan serahkan bendera itu kepada parti terbabit," katanya.

Mohd Faiz berkata mana-mana parti tidak bertanding pada pilihan raya itu tidak dibenarkan memasang bendera dan poster parti mereka di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment