Saturday, May 30, 2009

Puteri Selangor Tekad Rempuh Pakatan Rakyat

SHAH ALAM - Pergerakan Puteri Umno Selangor dalam tekadnya untuk membantu Barisan Nasional (BN) meneraju kembali pentadbiran negeri itu akan menumpukan usaha kearah membina keyakinan golongan muda bagi menyokong UMNO, kata Ketuanya Suhaila M Zin.

Beliau berkata bagi tujuan itu Puteri Umno Selangor akan berdamping serta mendekati para penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan lebih rapat lagi dalam usahanya membetulkan pandangan mereka mengenai BN dan Umno.

Katanya penyebaran maklumat menerusi blog-blog anggota pergerakan itu akan digiatkan lagi untuk menampilkan hujah-hujah yang lebih kukuh bagi menangkis serangan-serangan pembangkang di alam siber.

Menurutnya beliau percaya jika Puteri bertindak agresif menyerang kembali dakyah-dakyah yang disebarkan pembangkang, ia akan memberi peluang kepada Umno memenangi hati golongan muda.

Johor Daily menerima ulasan dari seorang pendokong PKR di Selangor, beliau berkata ' cara Khalid ( Tan Sri ) uruskan Selangor 100 kali baik dari BN sebelum ni." Beliau yakin Pakatan Rakyat mendapat kerusi lebih di Selangor di pilihanraya akan datang jika kerajaan sekarang terus mencipta rekod baik.

No comments:

Post a Comment