Wednesday, May 20, 2009

BN Buat Keputusan Bijak - TPM

PUTRAJAYA - Tan Sri Muyiddin Yassin, Timbalan perdana Menteri mendakwa Barisan pemimpin Umno menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti dan menyifatkannya sebagai satu langkah yang tepat.

Manakah Tun Mahathit sebelum ini berkata tindakan memulaukan pilihanraya tu sebagai pengecut. Malah beberapa pemimpin BN sebelum ini juga bersetuju untuk bertanding di DUN Penanti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan BN itu ialah untuk memberi tumpuan kepada pentadbiran negara dan kebajikan rakyat terutama dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pentadbiran kerajaan tidak akan dapat berjalan lancar sekiranya banyak masa ditumpukan dalam pilihanraya-pilihan raya kecil yang sengaja dicetuskan oleh pihak pembangkang.

"Kita nak mentadbir kerajaan. Pilihan raya dah berlalu, lima tahun sekali saja, takkan nak adakan tiap-tiap bulan atau tiap-tiap tahun. Kita perlu utamakan rakyat. Kata Shafie bagi menjaga imej Najib yang teruk tercalar disebebkan beberapa pekara yang masih belum terjawab seperti kes pembunuhan Altantuya, pembelian helicopet dan kapal selam.

No comments:

Post a Comment