Wednesday, May 20, 2009

Umno Mahu Tubuh Puteri BN

KUALA LUMPUR - Unmo ingin terus menguasai Barisan Nasional dengan mahu menubuhkan Puteri BN pula. Ketua Puteri Umno mendakwa penubuhannya dipersetujui pucuk pimpinan parti, mampu menjadi wadah terbaik untuk menarik belia pelbagai kaum menyertai parti-parti komponennya bagi menyokong kerajaan sedia ada, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata lagi ,"Puteri BN akan dapat mengatasi masalah polarisasi kaum yang agak tercabar kebelakangan ini serta bertindak sebagai badan induk untuk menyelaras aktiviti bersifat nasional bagi generasi muda".

Puteri Umno percaya pemimpin-pemimpin generasi muda daripada Puteri MIC, MCA, Parti Progresif Penduduk dan Gerakan akan turut mengalu-alukan penubuhan itu. Rosnah berkata wanita muda parti-parti komponen perlu memperhalusi pelbagai cadangan yang boleh dikemukakan kepada Dewan Tertinggi BN untuk memastikan Puteri BN benar-benar berkesan.

No comments:

Post a Comment