Wednesday, May 27, 2009

Zaid Sertai PKR ?

SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kehadiran Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR sebagai ahli yang aktif amat dinantikan bagi memperkuat dan memantapkan jentera parti sekaligus menghadapi gelombang politik lebih besar. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim digesa agar membuat keputusan segera bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke-13 .

“Kita amat mengalu-alukan penyertaannya kerana beliau dilihat mempunyai misi yang selari dengan pendirian PKR di mana tindakannya yang berani keluar dari UMNO sekaligus meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecat daripada UMNO Disember lalu berikutan tindakannya melanggar tata etika sebagai ahli parti itu selepas meletakkan jawatan dalam Kabinet kerana menentang keras pelaksanaan ISA.

Setelah dipecat keahliannya, Zaid kelihatan aktif menyertai program ceramah dan kempen PKR termasuk hadir sama memberi sokongan kepada parti tersebut dalam kempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Johor Daily dimaklumkan bahawa Zaid akan membuat pengumuman sebelum hari mengundi di DUN Penanti nanti. Namun ia belum dapat disahkan lagi.

No comments:

Post a Comment