Friday, May 22, 2009

PAS Tak Gelogoh Macam Umno

Johor Bahru - Seorang lagi calon PAS menarik diri dari perebutan kerusi di Mutamar PAS ke -55 nanti. Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menolak semua pencalonan termasuk menarik diri daripada mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Dua lagi pencalonan yang ditolaknya ialah untuk kerusi jawatankuasa PAS pusat dan jawatankuasa Dewan Ulama. ahmad awangMohamad telah mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden. Manakala Husam yang turut dicalon jawatan yang sama, belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Seramai 16 orang dicalonkan bertanding jawatan naib presiden kali ini - bilangan yang tertinggi dalam sejarah pemilihan PAS. Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

Selain itu, katanya, calon-calon bagi jawatan tersebut lebih muda daripadanya dan sesuai untuk menggalas tugas naib presiden bagi membantu pucuk pimpinan parti. Seorang penyokong PAS memberitahu Johor Daily bahawa pimpinan PAS tidak seperti Umno, berebut dan golojoh dengan jawatan sehingga menikam kawan sendiri.

No comments:

Post a Comment