Tuesday, May 26, 2009

Radzi Punca Kami Hijrah Ke PKR

Kangar - Ketua Penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain", kata Datuk Hashim Suboh.

hashim suboh umno perlisKatanya lagi , keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seru Md Isa Sabu."Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," tegasnya lagi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah "gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpin Umno negeri".

Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.

Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang "didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihanraya umum tahun lalu".

Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah. "Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana meluat dengan Radzi," katanya.

Johor Daily ketika dihubungi oleh seorang wanita PKR Johor memberitahu, ketika ini berduyun-duyun ahli Umno masuk PKR termasuk di Johor dan seluruh Malaysia. Beliau berkata lagi, persaingan sengit dan masalah kepimpinan diantara pimpinan BN-UMNO memberi kelebihan kepada parti itu.


No comments:

Post a Comment