Monday, May 18, 2009

Jangan Jumpa Najib ! - Nik Aziz

KOTA BAHRU- Pemimpin No.1 PAS ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan kerana dia cukup berpengalaman dengan taktik kotor BN terutama Perdana Menteri sekarang.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri Perak," katanya dengan tegas. Ini adalah gambaran dan teguran keras beliau kepada Anwar Ibrahim agar usah membuat percaturan sendiri untuk mengatasi permasalahan di Perak. Nik Aziz berharap tiada kerajaan campuran atau diplomasi di DUN Perak.

Johor Daily percaya Najib kian tersepit dengan tindakan bodohnya di Perak. Ketamakkannya membawa bencana kepada Barisan Nasional.


No comments:

Post a Comment