Monday, June 29, 2009

Thaksin Masih Mempunyai Penguruh Besar Di Thailand

BANGKOK - Parti Phue Thai Party memperolehi kemenangan besar yang kedua minggu ini dengan memenangi pilihan raya kecil kawasan parlimen Si Sa Ket semalam, satu lagi tanda sokongan berterusan terhadap Perdana Menteri Thailand yang ditumbangkan, Thaksin Shinawatra.

Calon Phue Thai Surachart Charnpradit memperolehi 124,327 undi untuk menewaskan Sakulthip Angkasakullkiat dari parti kerajaan pakatan, Chart Thai Pattana Party, yang memperolehi 76,435 undi.

Pilihan raya itu diadakan selepas anggota Parlimen dari parti Chart Thai dilucutkan dari jawatannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand.

Kemenangan di Si Sa Ket muncul hanya seminggu selepas parti itu memenangi pilihan raya kecil di Sakhon Nakhon dengan menewaskan Bhum Jai Thai Party, yang merupakan sebuah parti yang menjadi anggota kerajaan pakatan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

Pemimpin Phue Thai, Chalerm Yoobamrung berkata kemenangan itu disebabkan oleh sokongan orang ramai yang masih kuat terhadap Thaksin, di mana menurutnya pengundi di wilayah barat laut Thailand masih memandang tinggi bekas Perdana Menteri itu ekoran dasar-dasar popular yang dilaksanakannya dalam tempoh awal pentadbirannya iaitu antara 2001 dan 2005.

No comments:

Post a Comment