Saturday, June 27, 2009

Bimbang Kalah, BN Minta Henti Cabar Mencabar

KOTA KINABALU - Wakil rakyat daripada Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini diingatkan supaya berhenti membuang masa mencabar satu sama lain supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang mereka wakili dan bertanding semula kerana langkah itu bukanlah apa yang diinginkan rakyat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pemimpin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu meneruskan pembangunan di negeri ini.

"Saya percaya seluruh Malaysia dan juga di Sabah, sudah tentunya inginkan pembangunan, inginkan perubahan, bukan pilihan raya kecil yang tidak tentu pasal, bukan cakap-cakap remeh tentang politik.

"Sekarang masanya tunaikan janji . Jadi hentikanlah mainan politik ini, hentikan cakap-cakap remeh kerana ini membuang masa, tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat," katanya lagi.

Semalam, dua Adun dan dua Anggota Parlimen daripada SAPP menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.

Mereka adalah Adun kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan, Melanie Chia Chui Ket (Luyang) dan Anggota Parlimen masing-masing bagi Sepanggar dan Tawau, Datuk Eric Majimbun serta Datuk Chua Soon Bui.

No comments:

Post a Comment