Monday, June 22, 2009

AMK Pulau Pinang Tolak Cheng Guan

PULAU PINANG - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri akan menentang sekeras-kerasnya hasrat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyifatkannya sebagai seorang oportunis.


Sebelum ini ada ura-ura Gheng Guan berhajat menyertai Pakatan Rakyat terutama PKR. Namun Johor Daily dimaklumkan, masih belaum ada rundingan mengenai pekara tersebut. Ada yang menyebut Cheng Guan berkira-kira untuk menyertai DAP.


Naib Pengerusinya, Sim Tze Tzin berkata, pihaknya perlu menunjukkan pendirian tegas berhubung perkara itu kerana mendakwa Cheng Guan menyertai PKR bukan atas dasar perjuangan parti itu.


Sebaliknya, katanya, Cheng Guan hanya menggunakan platform tersebut dan bertindak demikian semata-mata untuk mengugut Gerakan kerana beliau sudah kehilangan kuasa dan pengaruh dalam partinya.


''Selama ini, beliau tidak pernah menunjukkan keinginan untuk menyertai PKR bagi bersama-sama kami memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia serta demokrasi, dia Cheng Guan tahu buat ugutan sahaja,'' katanya .


No comments:

Post a Comment