Wednesday, June 17, 2009

Kad Pengenalan di Jumpai Di Pembungan Sampah

Johor Bahru - Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti telah diadukan kepada polis awal bulan lalu.

"Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” katanya .

Dengan nada kecewa beliau berkata "kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita."

Pemuda PAS mempertikaikan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada di tempat pembuangan sampah sedangkan tiada kesan dokumen tersebut telah dilupuskan. "Saya difahamkan kad pengenalan tersebut perlu dipotong atau ditunjukkan bukti bahawa ia dilupuskan," kata Khairul Faizi.

Beliau tidak menafikan akan membawa pekara ini keperingkat lebih tinggi jika tiada apa-apa tindakan dari pihak polis dan Jabtan Pendaftaran Negara.

No comments:

Post a Comment