Saturday, June 13, 2009

Ibrahim Ali Makin Rapat Dengan UMNO

Kuala Lumpur - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.

"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya. Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.


Menurut Ibrahim, perbincangan tersebut juga menyentuh isu-isu berkaitan liberalisasi yang turut akan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.


Antaranya, jelas beliau, Perdana Menteri mahu pengambilan bilangan pelajar Universiti Teknologi Mara ditambah kepada 200,000 orang bagi melahirkan lebih ramai profesional Melayu. Selain itu, tambahnya, Majlis Amanah Rakyat diberi suntikan sebanyak RM550 juta untuk program-program pembangunan orang Melayu dan bumiputera.


Sehubungan itu, Ibrahim memberitahu, Perkasa akan terus memainkan peranan sebagai 'mata dan telinga' kepada orang Melayu dalam menjelaskan pelaksanaan konsep 1Malaysia dan liberalisasi kerana ramai yang masih keliru.


Katanya, Perkasa akan mengadakan sesi penerangan bergerak ke seluruh negara untuk memberi maklumat kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenainya. Ia dijadual bermula pada 21 Jun ini di Negeri Sembilan diikuti Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak.

Minggu lepas Ibrahim berkata, dalam masa terdekat beliau akan menyatakan pendiriannya mengaenai parti politik mana akan disertai. Mungkin juga Pari Makkal Sakti Malaysia atau Gerakkan !



No comments:

Post a Comment