Monday, June 29, 2009

Umno Perlis Kian Tersepit - Zahidi

Kangar - Parti Keadilan Rakyat telah menambah 26 cawangan barunya tahun ini. Apa yang membimbangkan Umno Perlis ialah cawangan itu ditubuhkan oleh bekas ahli Umno.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Zahidi Zainol Abidin berkata, beliau sedang mengumpul maklumat dan maklum balas dari akar umbi, termasuk pimpinan Pemuda negeri.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini politik di Perlis, ekoran pertambahan mendadak jumlah cawangan PKR di negeri itu. Sebahagian besar mereka yang menyertai cawangan baru itu terdiri daripada bekas ahli Umno yang keluar parti beramai-ramai kerana tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang.

"Mungkin Umno melihat Perlis hanya mempunyai tiga bahagian sahaja, sedangkan pembangkang melihat Perlis sebagai satu negeri," kata Zahidi lagi .

Katanya, beliau turut menerima rungutan mengenai isu Pemuda yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Johor Daily dapati sejak Datuk Seri Shahidan Kassim tidak lagi menjadi Menteri Besar Perlis, pergolakkan Umno Perlis amat ketara. Rata-rata pemerhati politik berpendapat Md Isa Sabu terpaksa meminta bantunan dari Umno pusat untuk menyelesaikan pergolakkan Umno Perlis.

No comments:

Post a Comment