Saturday, June 27, 2009

Umno Anggap Kerajaan Perpaduan Masih Boleh Dijanakan

KUALA KRAI - Walaupun pakatan rakyat tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, Umno menganggap idea itu belum berkubur kerana tidak semua pemimpin Pas menolaknya.

"Masih ada harapan kerana tidak semua pemimpin Pas yang tentang idea kerajaan perpaduan," kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, beliau berkata Umno menyokong cadangan itu kerana perpaduan bukan sahaja akan menguntungkan orang Melayu tetapi juga semua kaum.

Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan menyelesaikan pelbagai kemelut politik yang melanda negara tetapi ianya ditolak dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat dengan PAS pada Isnin lepas.

Ahmad berkata Umno sentiasa membuka ruang perbincangan sekiranya Pas masih mahu meneruskan idea pembentukan kerajaan perpaduan itu.

"Kita tetap berharap untuk mengadakan perbincangan dengan Pas tentang kerajaan perpaduan, tanpa kehadiran sekutunya dalam pakatan kerana jika ada mereka, susah sikit untuk berjaya," katanya.

No comments:

Post a Comment