Tuesday, June 30, 2009

Calon BN Lebih Baik Dan Yakin Menang - Muhyiddin

KUALA KRAI - Calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat yakin beliau mempunyai peluang cerah untuk mencipta kemenangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai berdasarkan hubungan baiknya dengan masyarakat setempat.

"Secara tradisi, Manik Urai memang dianggap kawasan PAS tetapi saya yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang di sini kerana mempunyai hubungan rapat dengan rakyat pelbagai lapisan termasuk di peringkat akar umbi.

"Apa yang penting, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat dan dengan sokongan padu dan kerja keras daripada jentera parti, saya percaya kita akan memberi saingan paling sengit kepada Pas," katanya lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Tuan Aziz, 39, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai calon mewakili BN pada pilihan raya kecil itu.

PAS sebelum ini mengumumkan seorang pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calon PAS bagi mempertahan kerusi DUN itu.

No comments:

Post a Comment