Friday, June 26, 2009

Umno Masih Menagih Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Walaupun keputusan telah dibuat pada mesyuarat khas Pakatan Rakyat mengenai kerajaan perpaduan di Bangunan Parlimen minggu lepas untuk menolak cadangan kerajaan perpaduan. UMNO masih membuka pintu kepada PAS untuk berunding mengenainya.


Ketua Penerangan dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.


Ahmad berkata,“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.


“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya lagi.


Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Khairi jamaluddin yang sedang berkempen di DUN Manek Urai menganggap kerajaan perpaduan yang dipalu oleh media adalah memenangkan Umno kerana PAS dakwanya tidak memikirkan perpaduan bangsa melayu.


No comments:

Post a Comment