Monday, June 29, 2009

Jangan Tegur Harussani Kerana Dia Ulamak - Zamri

SERI ISKANDAR - Menteri Besar Perak yang mendapat jawatan cara jijik iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari meminta PAS berhenti mengkritik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana tindakannya menegur parti itu berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Harussani tidak sepatutnya dikritik kerana beliau bukan ahli politik dan tegurannya adalah ikhlas iaitu beliau tidak bersetuju terhadap keputusan PAS menolak rundingan dengan Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Inilah sikap mereka, kalau Tan Sri Harussani menyokong mereka, mereka angkat Harussani (ke tahap) paling hebat...beliau bukan orang politik tetapi seorang ulama. Beliau hanya memberi teguran. Umno dan BN pun beliau tegur.

"Bila kita kena tegur, mereka tepuk tangan tetapi jika mereka kena tegur, mereka tunjuk yang lain," katanya .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda PAS Perak yang mengecam kenyataan Harussani yang didakwa berpihak kepada Umno dalam isu kerajaan perpaduan.

"Nik Aziz tahu dia sudah tersilap, maka beliau cepat-cepat memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan bahawa beliau hanya membuat kiasan. Dengan berbuat demikian, jelaslah kepada kita, beliau juga buat silap seperti manusia biasa," katanya.

No comments:

Post a Comment