Wednesday, June 17, 2009

Musa Bimbang Jenayah Kolar Putih Meningkat

KUALA LUMPUR - Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi bukan hanya membabitkan individu terbabit, tetapi ia telah menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Sebelum ini beberapa parti politik mengaitkan beberapa isu besar seperti PKFZ, pembelian helikopter, pembelian kapal selam dan banyak lagi. Namun Pihak polis sehinga hari ini masih menyiasat tanpa keputusan konkrit.

Namun beitu beliau berkata"Sekiranya dibiar, jenayah kolar putih boleh membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan.

"Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam negara," katanya .

"Bagi jenayah kolar putih, pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan, merupakan faktor utama kepada peningkatan jenayah kolar putih," katanya.

Beliau berkata jenayah kolar putih meningkat 70.3 peratus tahun lalu atau 7,151 kes berbanding 10,160 kes pada tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment