Tuesday, June 23, 2009

Puad Harap Guru Undi BN Di Manek Urai

Kuala Krai - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya . Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad berkata.

Sementara itu Johor Daily dimaklumkan kempen di Manek Urai semakin hangat oleh dua parti iaitu PAS dan Umno. Johor Daily dimaklumkan mungkin tiada calon bebas berani untuk bertandang kerana bimbangkan wang pertaruhan hangus.

No comments:

Post a Comment