Friday, June 12, 2009

Ghani Sokong Matematik & Sains Guna Bahasa Ibunda

Johor Bahru - Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Abdul Ghani Othman menyokong cadangan Kementerian Pelajaran yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dengan sukatan mata pelajaran yang tersusun kepada murid-murid selama 11 tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya yakin murid-murid dari kampung boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.


"Sebaliknya, jika pembelajaran yang ada sekarang tidak disusun semula, saya tidak menolak kemungkinan pelajar dari kampung tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris," katanya.


"Jadi, tidak hairanlah jika murid-murid kita termasuk di luar bandar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik," katanya.


Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Abdul Ghani berkata Badan Perhubungan Umno Johor berpendirian bahawa pengajaran mata pelajaran tersebut lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda.


Katanya pakar-pakar dunia mengakui pengajaran mata pelajaran itu lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda.


No comments:

Post a Comment