Friday, June 26, 2009

Keuntungan Petronas Menyusut 13.9 %

KUALA LUMPUR – Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyusut sebanyak 6.7 peratus kepada RM89.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 berbanding RM95.5 bilion tempoh yang sama tahun lalu.


Keuntungan bersihnya juga jatuh sebanyak 13.9 peratus kepada RM52.5 bilion berbanding RM61 bilion meskipun jumlah pendapatan yang direkodkan pada tempoh itu adalah yang tertinggi iaitu RM264.2 bilion iaitu kenaikan sebanyak 18.4 peratus.


Presiden Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sungguhpun keuntungan sebelum cukai terjejas tetapi masih positif kerana ia selari dengan prestasi syarikat-syarikat minyak dan gas utama yang turut menyaksikan penurunan antara 6.4 peratus dan 25.7 peratus.


‘‘Penurunan keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan itu adalah disebabkan oleh kos pengeluaran dan operasi yang tinggi.


‘‘Meskipun begitu, pulangan pendapatan Petronas masih kekal tertinggi dalam industri iaitu 33 peratus berbanding purata pulangan pendapatan sebanyak 17.7 peratus yang direkodkan oleh syarikat-syarikat minyak dan gas di dunia,’’ katanya .


Beliau menegaskan, walaupun keuntungan Petronas berkurangan tetapi firma minyak kebangsaan itu masih mengekalkan bayaran tinggi kepada kerajaan membabitkan cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan korporat, duti-duti eksport dan royalti.


Namun pada sidang akhbar itu Petronas tidak menyatakan sebab kenapa rolyati tidak diberikan kepada kerajaan Kelantan. Johor Daily percaya ia adalah keputusan kerajaan Barisan Nasional yang berat sebelah dan tidak adil.



No comments:

Post a Comment