Wednesday, June 24, 2009

RM 367 Juta 'Lesap' Untuk Iskandar Malaysia

Johor Bahru - Iskandar Malaysia yang menjadi kebangaan Kerajaan Barisan Nasional kini menerima tamparan apabila salah satu pelabur dari Timur Tengah enggan meneruskan projek mereka di Iskandar Malaysia Johor Bahru.

Namun jurucakap Khzanah Nasional Bhd berkata, perancang induk wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, beberapa syarikat menunjukkan minat untuk membangunkan lokasi yang sebelum ini dirancang dibangunkan syarikat dari Dubai, Damac Properties LLC.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata pihaknya tidak berdepan masalah mencari pelabur baru untuk membangunkan kawasan seluas 18 hektar bernilai RM367 juta di Nusajaya, dalam wilayah Iskandar Malaysia itu kerana kedudukannya yang strategik.

“Tapak itu adalah strategik, justeru, tiada masalah mendapatkan pelabur baru. Kami ada pelan B dan C untuk tujuan itu dan beberapa pihak menunjukkan minat untuk melabur,” katanya .

Johor Daily tidak mengetahui punca syarikat 'billionair' itu tidak lagi berminat melabur di Malaysia. Johor Daily merasakan tindakan itu tiada kaitan dengan saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor terhadap Kerajaan Johor.

No comments:

Post a Comment