Tuesday, June 16, 2009

Ibrahim Ali Masih Binggung

KUALA LUMPUR - Seperti dibayangkan, BN-UMNO masih kecewa keputusan PRU-12. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi mangsa seterusnya. Tidak ketinggalan, Ibrahim Ali pasti mencari peluang untuk menghentam sesiapa sahaja.

Beliau berkata, tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang itu seolah-olah seperti menghina diri dan daya intelektual mereka sendiri. ''Tingkah laku yang tidak baik yang dibuat oleh mereka yang berpendidikan tinggi ini adalah seperti meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Ini amat menyedihkan saya.


Berdasarkan sikap yang ditunjukkan ahli-ahli Parlimen pembangkang ketika kekecohan itu, kata beliau, adalah tidak mustahil kejadian tolak menolak dan mematahkan kerusi seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan turut terjadi di Dewan Rakyat.


''Satu hari nanti tidak mustahil, tumbuk menumbuk boleh berlaku dan bagi ahli-ahli Parlimen yang tua-tua kena bersedia. Nanti kena tendang, boleh jadi mati," katanya .


Johor Daily masih mengingati rakaman mesyuarat kabinet semasa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suara beliaulah paling lantang menghentam mantan timbalan perdana menteri itu. Sikap bermuka-muka beliau amat dikenali oleh ahli politik Malaysia. Kenyataan Ibrahim kerap berubah mengikut emosi kebudak-budakkan dan 'mode' sendiri.


No comments:

Post a Comment