Monday, June 15, 2009

MAS - ' Menang Sorak Kampung Tergadai'

PETALING JAYA - Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2009 berdasarkan tiga faktor - lebihan kapasiti, turun naik bahan bakar yang luar biasa serta kelembapan global yang menjejaskan permintaan penumpang dan kargo.

MAS mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM138 juta bagi suku pertama 2009 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM120.06 juta dalam tempoh yang sama pada suku yang lepas.

"MAS mencatatkan kerugian operasi suku pertama 2009 sebanyak RM138 juta, kerugian operasi pertama bagi syarikat penerbangan itu sejak suku ketiga 2006, kata Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala.

MAS juga mencatat kerugian dalam lindung nilai bahan bakar berjumlah RM557 juta.

Pendapatan turun kepada RM2.7 bilion ketika ia berdepan dengan kemelesetan global paling buruk dalam tempoh 70 tahun dengan faktor tempat duduk jatuh 13.1 mata peratusan, katanya.

Idris berkata MAS bagaimanapun masih mempunyai kecairan kukuh dengan baki tunai RM3.8 bilion hasil daripada penjimatannya.

"Penjimatan kos sejak tiga tahun lepas sebanyak RM2 bilion. "Sehingga ini kami secara proaktif mengurangkan kapasiti sebanyak 11 peratus pada 2009 dan melaksanakan kawalan ketat ke atas kos dan pelaburan," katanya.

Selain itu, MAS juga mengguna pakai pendekatan jualan yang agresif, terutama menerusi Internet, katanya yang menambah, tumpuan pada 2009 ialah untuk meneruskan inisiatif tambahan yang kompetitif bagi merangsang permintaan.


"Ini menyediakan komuniti kewangan dengan ketelusan terhadap keputusan kewangan, membolekan mereka menilai MAS dan saingannya. "Banyak syarikat penerbangan sudah menggunakan standard perakaunan yang sama," katanya.

Berdasarkan FRS 139, jumlah lindung nilai bahan bakar ke pasaran (MTM) yang tidak tercapai, tukaran asing dan kadar faedah yang tidak dimasukkan dalam lembarangan imbangan, diperakui dalam lembaran imbangan, katanya.

Idris bagaimanapun berkata bahan bakar MTM yang tidak tercapai merupakan aturan lindung nilai bahan bakar adalah mengikut kontrak bagi tempoh tiga tahun hingga 2011.

"Dengan andaian ia kekal sama, MAS secara potensinya memperoleh keuntungan lindung nilai sebanyak RM1.1 bilion pada suku kedua 2009 berdasarkan harga bahan bakar pada AS$66 setong pada 29 Mei, 2009.

Johor Daily dapati Singapore Airline (SIA) yang mengendalikan penerebangan yang hampir sama banyak dengan MAS tidak mengalami rugi sebesar MAS. Rakyat malaysia sudah lali dengan penipuan MAS sejak abad lepas. Tiada siapa peduli jika penipuan angka dan pakta berlaku lagi.

MAS yang acapkali menerima anugerah, MAS hanya mementingkan pujian dan piala. Ini yang dikatakan ' menang sorak kampung tergadai '. Perlunya Idris pergi ke SIA dan kursus 3 hingga 6 bulan disana bagi memperlajari selok belok menguruskan syarikat penerbangan.


No comments:

Post a Comment