Friday, June 19, 2009

BN Tetap Bertanding Di Manek Urai

SAMARAHAN - Pelbagai pihak berpendapat bahawa Barisan Nasional tidak perlu bertanding di DUN Manek Urai dengan pelbagai alasan. Beberapa NGO juga mendesak BN agar berkecuali di Pilihanraya Kecil itu. Sehingga hari ini belum diketahui penyertaan calon bebas.

Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas BN akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden UMNO dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan PAS masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi.

"Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya .

Johor Daily dapati di sekitar Manek Urai, perang poster dan kempen sedang giat dijalankan oleh Pakatan Rakat. Walaupun PKR tidak bertanding, kelihatan beberapa bendera PKR berada di situ. Johor Daily dapati jentera PKR Kelantan turut membantu jentera PAS Kelantan.

No comments:

Post a Comment