Wednesday, July 15, 2009

Pakatan Rakyat Selangor Pula Bercakaran

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mencabar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menamakan Exco kerajaan negeri yang didakwanya mempunyai hubungan dengan perniagaan haram.


''Kalau beliau berani, betul-betul anak jantan, namakan orang itu supaya tindakan undang-undang boleh diambil,'' katanya.

Jika Choo Keong enggan menamakan Exco terbabit katanya, beliau mahu Ahli Parlimen itu berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan menggunakan Internet untuk menyerang pihak lain.


Ahli Parlimen yang mewakili PKR itu di dalam blognya mendakwa terdapat Exco kerajaan negeri Selangor membenarkan pejabatnya digunakan untuk mengadakan mesyuarat bagi aktiviti perniagaan yang diragui.


Katanya, berdasarkan rekod Ahli Parlimen itu ketika berada di dalam DAP sebelum ini, beliau telah banyak membuat dakwaan melibatkan individu lain termasuk menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggunakan Permit Import (AP) miliknya untuk membeli kereta sekitar 1980-an.


''Saya percaya tuduhan dibuat Choo Keong itu ditujukan khas kepada DAP kerana beliau mempunyai rekod yang tidak baik dengan DAP,'' jelasnya.


''Beliau pernah menghentam pucuk pimpinan DAP dan saya marah dia. Selepas itu, kami berkawan semula. Saya hairan mengapa tiba-tiba dia buat macam ini. ''Sebagai orang politik yang duduk di dalam rumah kaca, dia tidak boleh lontar batu,'' ujarnya.


No comments:

Post a Comment