Monday, July 6, 2009

Dua Calon Serah Borang Pencalonan Di Manik Urai

KUALA KRAI - Hanya dua calon, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, yang diiringi lebih 10,000 penyokong dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini dibuka pada pukul 9 pagi.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, yang turut diiringi lebih 10,000 penyokong dengan diketuai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menghantar borangnya pada pukul 9.17 pagi.

Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat yang diura-urakan akan turut bertanding dalam pilihan raya kecil ini, bagaimanapun tidak kelihatan sehingga tempoh penamaan calon ditutup.

No comments:

Post a Comment