Thursday, July 9, 2009

Masalah Kedah Di Selasai Dengan Muhibbah

KUALA LUMPUR - Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dan kepimpinan kerajaan PAS negeri Kedah dianggap selesai oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Azizan yang menyifatkan perkara itu seperti "ribut dalam cawan" berkata penyelesaian itu dicapai berikutan penjelasan yang diberikan kedua-dua pihak dalam satu pertemuan bersama Penasihat DAP Lim Kit Siang .

"Mungkin sebelum ini kita mengambil perkara seperti ini sambil lewa. Selepas ini kita akan lebih peka," katanya . Mengenai isu tempat penyembelihan babi yang dirobohkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Azizan berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti sebuah kawasan baru yang berdekatan bagi menggantikan tempat tersebut.

Sementara itu, Lim ketika ditanya mengenai tindakan DAP Kedah yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu hanya berkata bahawa Su telah dinasihati untuk memikirkan semula keputusan itu.

"Pertemuan ini telah membuahkan hasil positif dan Azizan juga berjanji untuk melihat semula permintaan kita. Jadi dengan itu saya nasihatkan Thomas untuk memikirkan semula perkara tersebut," katanya.

Thomas Su berkata "Saya terima baik saranan beliau (Lim) tetapi saya tak boleh bagi keputusan sekarang. Perkara ini perlu dibawa balik untuk dibincangkan di peringkat DAP negeri dan selepas itu baru boleh bagi keputusan," .


No comments:

Post a Comment