Monday, July 13, 2009

Nik Aziz Isytihar Esok Cuti Umum Kelantan

KOTA BAHRU - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung Selasa .

Beliau berkata pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," katanya.

Esok merupakan hari mengundi pilihan raya kecil DUN Manik Urai yang diadakan ekoran kematian Anggota Dewan Undangan Negeri dari PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas, yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

No comments:

Post a Comment