Saturday, July 11, 2009

BN Janji Nak Baiki Jalan Dengan Gurau

KUALA KRAI - "Sudah bertahun-tahun kami tunggu wakil rakyat datang melawat kampung ini dan tengok soal jalan kecil di sini tetapi tak sangka yang datang adalah menteri."kata Abdullah Lokman, yang terkejut Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke rumahnya.


Abdullah berkata: "Datuk, dah datang sini saya nak mintalah tolong baiki jalan ke kebun saya sepanjang kira-kira 100 meter. Sudah lama jalan itu rosak dan menyusahkan kami."


Sejurus mendengar permasalahan yang dialami itu, Shaziman dengan nada gurauan segera menjawab: "Oleh kerana saya sudah makan dua ulas buah durian, maka saya akan tunaikan permintaan pak cik. Pak cik jangan risau lepas ini insya-Allah kita bantu."


Abdullah ketika ditemui untuk merungkai perkara di sebalik permintaannya itu berkata, jalan ke ladang yang digunakan oleh penduduk telah rosak sejak sekian lama.


Sehubungan itu, dengan ditemani beberapa penduduk kampung mereka telah bertemu dengan pemimpin kerajaan negeri untuk meminta bantuan agar jalan itu diturap bagaimanapun cuma batu kerikil dibekalkan.


Sebelum ini banyak janji-janji yang masih tidak tertuani dari BN semasa pilihanraya kecil yang lepas termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukat Selambau dan lainnya.


No comments:

Post a Comment