Thursday, July 9, 2009

"Bomba PAS-UMNO" Berkejar Ke Tempat Kebakaran

KUALA KRAI - Kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Laloh dekat sini hari ini, buat pertama kali menemukan kedua-dua calon semasa berkempen daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS yang bertanding pada Selasa ini.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, dan selepas itu calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah pula tiba. Sebelum itu, penduduk sekitar turut membantu mengawal kebakaran sebelum pasukan Bomba tiba dari Kuala Krai.

Mangsa kebakaran, Noor Asiah Ismail, dibantu dan ditenteramkan oleh petugas pilihan raya selang beberapa buah rumah dengan kedai beliau berniaga. Sebaik tiba, beliau terus dihampiri kumpulan PAS diketuai Mohd Fauzi dan dibawa ke sebuah rumah jiran untuk ditenteramkan.

Pertemuan tidak dirancang itu berjalan dalam suasana penuh mesra dan mereka bersalaman dan sempat berbual hampir 10 minit. Noor Asiah yang tinggal di Kampung Pecah Pulai, kira-kira lima kilometer dari Kampung Laloh berkata beliau menjerang air lalu meninggalkan kedai yang berkunci untuk pulang sebentar ke rumahnya kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut ibu kepada tujuh anak berumur tiga hingga 16 tahun itu beliau kerugian kira-kira RM5,000 akibat kebakaran tersebut. Ada yang berkata nasib Noor Asiah sangat baik kerana kejadian itu berlaku semasa musim pilihanraya.

No comments:

Post a Comment