Wednesday, July 1, 2009

Mahkamah Rayuan Dibenar Dengar Rayuan Anwar

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa ia boleh mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang kes liwatnya hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi.


Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, ketika menolak bantahan awal pendakwa, berkata di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu boleh dirayu.


Hakim Abdull Hamid yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan permohonan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah bagi penangguhan prosiding berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi sehingga selesai rayuan.


''Esok kedua-dua pihak perlu ke sini (Mahkamah Rayuan). Sila beritahu hakim Mahkamah Tinggi bahawa anda akan ke sini esok. Tak apa, anda (tim pembela) boleh menyebut nama saya,'' kata Hakim Abdull Hamid.


Esok, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar permohonan awal Anwar supaya pihak pendakwaan menyediakan beberapa bahan termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di kondominium berkenaan, sampel DNA dan kenyataan saksi-saksi, termasuk pengadu, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.


Sementara itu, Saiful dengan nada meminta simpati dalam blognya berkata, "...... saya yakin bahawa ramai yang agak keliru tentang apakah pendirian tertuduh dari awal pertuduhan dibacakan pada Ogos 2008 hingga sekarang. Mungkin pada awalnya agak konsisten(mahu dibicarakan), namun disaat-saat akhir(seperti diatas), pendirian tertuduh boleh dikatakan seringkali berubah-rubah.)

No comments:

Post a Comment