Saturday, July 11, 2009

PAS Pelawa Petronas Berforum Atasi Kemelut

KUALA KRAI - Sebelum ini Pakatan Rakyat begitu lantang menuntut royalti minyak dari Kerajaan Pusat dan Petronas. Manakala pemimpin Barisan Nasional mendakwa pekara itu milik Petronas.


PAS mencadangkan supaya isu royalti minyak membabitkan kira-kira RM1 bilion yang didakwa mereka seharusnya diterima kerajaan negeri Kelantan, dijelaskan melalui forum yang dianggotai Petronas serta wakil kerajaan persekutuan dan negeri sebagai panelnya.


Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Harun berkata forum yang disertai ketiga-tiga pihak terbabit akan dilihat lebih adil kepada kerajaan Kelantan.


Katanya jika Petronas sahaja yang memberi penjelasan, apa yang dikhuatiri ialah penjelasan yang diberi akan hanya mengikut kehendak kerajaan semata-mata dan sebarang perkara berbangkit tidak akan terjawab.


Abdul Fattah yang juga ADUN Bukit Tuku berkata kerajaan sendiri atau Petronas boleh menulis surat kepada kerajaan Kelantan untuk mengadakan forum itu.


No comments:

Post a Comment