Tuesday, July 7, 2009

ADUN DAP Bawa Wartawan Melawat ' Istana Bali '

Shah Alam - ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

Lim berkata "Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut "khir toyo mansion 060709 06

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam. Menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

No comments:

Post a Comment