Wednesday, July 1, 2009

Menteri Besar 2 Minta Menteri Besar 1 Letak Jawatan

IPOH - Menteri Besar 1 Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diminta melepaskan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) serta-merta bagi membolehkan individu lain menerajui persatuan tersebut.

Menteri Besar 2 Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kedudukan kewangan PAFA kini dikatakan tenat dan adalah lebih baik sekiranya tokoh yang mampu menangani masalah berkenaan dibenarkan menerajui persatuan itu.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kedudukan kewangan PAFA yang dikatakan gagal melunaskan gaji pemain dan pegawai bagi bulan Jun.


"Terpulang kepadanya sama ada untuk melepaskan jawatan itu atau tidak tetapi dalam keadaan sekarang beliau sepatutnya meletakkan jawatan bagi membolehkan orang lain mengepalai PAFA," katanya lagi.


Zambry berkata kerajaan negeri bagaimanapun akan berusaha membantu PAFA dalam usaha melunaskan gaji pemain yang tertunggak baru sebulan.

"Ini adalah sukan rakyat dan kita akan cuba bantu bagi mengelak pemain dan pegawai mengalami masalah kewangan," katanya.


No comments:

Post a Comment